Sunday, May 16, 2010

SELAMAT DATANG KE D'HERITAGE

Minat memancing? D' HERITAGE ULU YAM merupakan satu tempat yang amat sesuai untuk seisi keluarga..Menunggu ayah memancing tentu tidak membosankan bagi anak dan ibu yang boleh mandi manda di sungai berhampiran. Pengunjung yang ingin lari dari hiruk pikuk kota boleh merasakan ketenangan bila berada di sini.

LOKASI : D' HERITAGE ULU YAM terletak berhampiran dengan SEKOLAH MENENGAH SAINS ULU SELANGOR. Anda hanya perlu memandu kira-kira 1/2 jam dari KUALA KUBU BARU atau 1/2 jam dari BATU CAVE.

Ikan-ikan yang terdapat di sini ialah ROHU, PATIN dan TONGSAN.

Deposit RM 30 dikenakan kepada pemancing. RM 7 untuk SEORANG PEMANCING, 1 JAM dan 1 JORAN. Ikan tidak perlu ditimbang.

Aktiviti memancing berkumpulan amat dialu-alukan. MINIMA 20 ORANG, RM 5untuk SEORANG PEMANCING, 1 JAM dan 1 JORAN.

KEMUDAHAN YG DISEDIAKAN : Ingin merasai kedinginan dan ketenangan waktu malam? CHALET berharga antara RM 40- RM120 disediakan bagi pemancing-pemancing atau pengunjung yang ingin bermalam di D’ HERITAGE. Hanya bantal disediakan. Jika mahu mengadakan aktiviti indoor, DEWAN disediakan dengan harga RM50 selain kemudahan TANDAS dan SURAU yang selesa.

Aktiviti perkhemahan juga boleh dijalankan dengan selesa kerana harga yang ditawarkan untuk tapak perkhemahan amat berpatutan iaitu RM 5.

Pengunjung tidak perlu membawa makanan kerana terdapat kantin yang menyediakan berbagai jenis hidangan.

CATERING disediakan..hubungi no 012 - 6626540 untuk maklumat lanjut.





















Suarakan apa saja